Hari ini semangat lh pula nak update blog lpas baca satu article pasal motivasi untuk rumah tangga gtu kat satu majalah. Teringin pula nak share pa yang saya baca kat korang. Walaupun saya belum kawen n masih single x salah juga nak share tips menyelami jiwa pasangan korang. Article nie mengupas kaedah Numerologi ringan menerusi tarikh lahir seseorang dan kaitannya dalam kehidupan berkeluarga dan kamu org yang belum berkawen pun blh tgk gak sbagai satu panduan nak cari calon pilihan hati nanti..^.^
Nombor 1 (Tarikh Lahir: 1,10,19 & 28)
Lelaki
# Suami dalam kategori ini seorang pemurah dan mempunyai keinginan agar isterinya dikenali tidak kiralah di kalangan masyarakat. Jangan membantah arahannya kerana dia seorang berkuasa penuh terhadap keluarganya..fuh..diktator tuu tapi dia suka menghabiskan masa di rumah dan nak isteri yang mempunyai personalit menarik,sopan dan bijaksana...MALANGNYER!!!dia seorg suami yang kuat BEREMOSI dan BERANGAN...
Perempuan
# Yang perempuan pula,dia teman terbaik suami,bijak dan mudah mesra dgn org yg berkunjung ke rumah. Minat kepada semua perkara tapi suka minta nasihat suami. Kebajikan suami dan anak-anak adalah keutamaanya.
Nombor 2 (Tarikh Lahir : 2,11,20 & 29)
Lelaki
# Nombor 2 adalah simbol "DUALISM" dm semua perkara. Suami yang jatuh dlm kategori ini mempunyai 2 jenis karakter.
Kategori 1 : Pengkritik & Penindas. Bukan mudah nak puaskan hati suami jenis ini kerana mereka slalu menganggap isteri patut tahu apa keinginan suami.
Kategori 2 : Duit adalah segala2nya!!! Mereka nie tak minat dgn aktiviti masyarakat TAPI mereka adalah seorg ayah dan suami yang b'tanggungjwb dan suka bersama anak-anak..ayah yang baik tu...:) Mereka yang lahir pada tarikh ini juga suka isteri mereka mpunyai personaliti yang lbih baik drpd mereka.
Perempuan
# Isteri kategori ini tak banyak kerenah,mudah mesra,sabar serta menenangkan sbab itu lh semua org suka mendampingi mereka tapi AWAS dlm kelembutan, dia seorg yang sensitif dan sikap dan mood mudah berubah2x
Nombor 3 (Tarikh Lahir : 3,12,21 & 30)
Lelaki
# Kecantikan sentiasa menarik perhatiannya, malah dia tidak dapat menolak memiliki isteri yang jelita, pintar dan mpunyai kewangan stabil. Seorg suami yang penyayang dan sangat take care, kalo boleh isterinya mjadi sahabat dan kawan baik nya..BERUNTUNGLAH SAPA DPT MEREKA...:)
Perempuan
# Beruntung para lelaki yg memilki isteri yg lahir pd tarikh nie. Bukan shja pasangan ideal malah cekap mlakukan kerja dan sangat ambil berat dgn anak2x. Dia sangat teruja memiliki khidupan mewah dan sangat suka keharmonian rumah tangga bak di syirga gtu. Mereka nie kategori isteri dan ibu yg setia,baik hati, mudah simpati dan selamba.
Nombor 4 (4,13,22 & 31)
Lelaki
# Kelakar dan bijak. Isteri bekongsi pandangan ttg kerjaya & masa depan bersama. Malah dia juga mahu rumah dihiasi mengikut cita rasa suami isteri. Suami penyayang dan baik TETAPI suka mengkritik dalam semua hal sampai menimbulkan banyak masalah dgn keluarga terutama isteri
Perempuan
# Wanita yang dominan serta kuat bekerja. Sentiasa menarik perhatian dgn memakai pakaian yang menunjukkan mereka wanita yang mewah, pemikiran bijakasana dan mempunyai smangat juang yang tinggi.
Nombor 5 (Tarikh Lahir : 5,10 & 19)
Lelaki
# Memilih psgn hidup sendiri dan tidak suka minta pdpat org lain. Wanita yg mereka pilih nie kalo boleh mst ada mempunyai ciri2x idaman mereka. Mereka juga suka menjaga penampilan isteri mereka terutama dari segi pakaian dan mereka juga sangat menyayangi anak-anak. Minat kemas umah dengan perabot mahal dan sangat liberal dgn kemewahan dan kewangan.
Perempuan
# Psgn hidup yg baik,bijak, dan mudah mesra. Mempunyai minat yang pelbagai dan meltakkan tggjwb thdp suami dan anak2x sbagai keutamaan. Bijak mengurus masa di rumah juga aktiviti luar.
Nombor 6 (Tarikh Lahir : 6,15 & 24)
Lelaki
# Sentiasa mahukan pasangan yang bergaya anggun. Seorg suami yg pemurah, baik hati dan setia,penting tu!!! Menggemari seni serta mahu isteri yg blh dibanggakan
Perempuan
# Sanggup bersusah payah dan memberikan kasih sayang terhadap suami dan keluarga,bijak,baik hati,setia serta cocok menjadi suri rumah sehingga ramai wanita cemburu melihat kecekapannya mengurus rumah tangga.
Nombor 7 (Tarikh Lahir : 7,16, & 25)
Lelaki
# Selalu beremosi tapi masih memahami perasaan isteri. Suka melancong,berkhemah dan gemar berbelanja dan hidup dalam kemewahan. Yang peliknya, mereka nie juga suka menyimpan syak wasangka terhadap isteri mereka smpai menimbulkan suasana tegang
Perempuan
# Emosi tidak menentu dan kelakuan sukar dijangka. Sentiasa nak suami jadi pelindung yang baik tapi ada je yang tak kena dan mereka suka menyendiri.
Nombor 8 (Tarikh Lahir : 8,17 & 26)
Lelaki
# Tiada menggemari perkahwinan kerana kurang minat dengan wanita/komitmen tapi bukan HOMESEKSUAL. Dia mengambil masa yang panjang utk menamatkan zaman bujang dan malang sungguh mereka nie bfikiran kolot kerana lbih suka mlihat isteri tidak bergaya.
Perempuan
# Personalit maskulinnya membuatkan dia dominan dl keluarganya. Sanggup berkorban demi suami dan anak2x walau kurang sifat kewanitaan dalam diri mereka
Nombor 9 (Tarikh Lahir : 9,18 &27)
Lelaki
# Keluarga harus sempurna (isteri yang cantik dan anak2x yang comel). Hidup dalam rumah tangga aman damai walaupun hati mencurigai isteri, maklumlah isteri cantik macam BIDADARI...
Perempuan
# Orangnya sangat kelakar serta bijak mencuri perhatian semasa berbual. Bercita2x tinggi dan mahir dalam selok-belok perniagaan(Boleh jadi BUSINESSWOMEN yang berjaya )
Nie sedikit sebanyak coretan saya kali ini..harap korang enjoy membaca ye...jgnlah percaya bulat2x sangat kerana sikap dan perangai seseorang hanya boleh kta ketahui apabila bersama mereka..HOPE U OL ENJOY READ IT!!!!
-DEXNER-
skip to main |
skip to sidebar
Write.Share.Comment
Tuesday, February 22, 2011
Followers
Powered by Blogger.
PLEASE FOLLOW ^_^
When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one that has opened for us. - Alexander Graham Bell
Feedjit
ChatBox
web hosting murah
0 Comments To Dexner:
Post a Comment