Thursday, November 25, 2010

HOME!!!

 13 hb Oktober 2010, aku balik kampung selpas habis berhempas pulas kat U...hihi...Pada pagi tu,mmg excited semacam lh almaklum nak balik kan...Tak tdo malam lh aku n member. Asyik belek barang semua cukup dan semua dah dipacking. Sampai kat LCTT, aku berjumpa dengan adik aku yang blajar kat Universiti Malaysia Pahang, alangkah terkejut bla aku melihat dirinya yang banyak perubahan sampai aku boleh tak kenal dirinya. Dulu gemuk sekarang kurus pula n nak korek rahsia nie sebab nak kurus juga..hik2..Pada pukul 11.45 pagi, penerbangan AK5206 KL-KUCHING berlepas aku dan adikku sangat teruja nak balik rumah. Adik,Louis seperti biasa dengan mulut celupar  asyik bercerita tentang kehidupannya di UMP,Pahang sampai aku boleh tertido mendengar celotehnya..WHAT A TALKTIVE GUY!!!Bila ingat situasi tu balik, luculh pula mcm tak sabar nak jumpa family kat umah. Bila dah kat umah nie pula, Rindu pula dengan member keras kat kolej, Seloh, Miena dan Cindy. Tapi ingat balik nak rest jap rupa-rupanya ada tugasan pula, my sweet sepupu, Madeline kahwin. Dia kahwin pada 20 Oktober 2010 kat Kampung Jampari,Lundu. Dia dan suami tercinta,Kasan kahwin mengikut adat orang Selako salah satu kaum Dayak yang terdapat di Lundu. Pada majlis perkahwinan itu, aku jadi jurukamera..hik2..Mcm2 aksi yang telah aku ambil untuk disimpan sebagai kenangan. Bila lama tidak bersua dengan ahli keluarga yang lain banyak yang cerita dikongsi bersama. Selepas saja majlis tersebut, aku meneruskan lagi kehidupan aku yang biasa dan cuba mencari aktiviti-aktiviti yang seronok untuk memenuhkan cutiku.

My cousin, Madeline and his husband, Kasan
So sweet....

Bla kami mula beraksi..hik2

aktiviti-aktiviti yang belaku pada masa itu

0 Comments To Dexner:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...